August 29, 2009

오늘 밤


Saya ditenggelami buku and nota.


Photobucket


Pada malam yang nirmala ini, saya cuba menjinak-jinakkan nota karangan yang setebal 2cm itu, bercinta dengannya. Saya orang yang ada udang di sebalik batu lantaran saya akan memutuskan hubungan dengannya selepas SPM. Dalam masa genting ini, saya wajib memupuk semangat patriotisme yang kental untuk menulis karangan, apa 'Satu Malaysia' sudah pun sebati dalam benak saya. Bukankah patriotisme diakui sebagai senjata yang paling ampuh untuk mendapat markah tinggi dalam karangan panjang? (Er, jika kamu pilih soalan yang berkaitan dengan negara kita.) Aiya saya cuba untuk mempratikkan semangat yang meluap-luap ini dalam Kertas 1 lah, tetapi masa diperuntukkan memang tak cukup bagi saya. Apa boleh buat, saya memang tak progresif.

Ah. Saya juga akan diterap semangat patriotisme ini walaupun SPM sudah tamat kerana saya akan berkhidmat untuk negara dalam PLKN. Melalui modul ketatanegaraan yang dirangkumi dalam program ini, saya akan didedahkan kepada sejarah dan asal usul ibu pertiwi yang tercinta ini. Saya juga akan diterapkan nilai-nilai murni agar menjadi anak watan yang berakhlak dan patriotik melalui modul perkembangan perwatakan. Semangat ini akan saya ingat buat selama-lamanya, inilah trauma yang menodai minda saya @@ Izharnya, saya sebagai anak watan Malaysia sepatut berusaha gigih untuk menterjemahkan Misi Nasional sebagai suatu kenyataan yang tidak lagi tinggal sebagai impian awang-awangan.

Mati loh, tak ada peribahasa pula, bahasa pun tak lancar.
Huraian kembang tak? lol




Namun demikian, saya tetap ditenggelami budaya hedonisme.

Budaya yang mendewa-dewakan keseronokan ini.

Aiya ini naluri semula jadi manusia lah.


Photobucket



Aih kenapa saya tak dapat suka BM

Ini remaja yang tak bertekad, semua hanya tinggal retorik.



What is Abracadabra actually?

I miss them already :'(

1 comment:

caryn said...

tak kenal maka tak cinta...
jangan berat tulang...ringan tulang sikit la..
masa itu emas oh..haha..
usaha tangga kejayaan...